suka suki mencarut

far east say : Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
aku cakap :-
:'c

tak pernah ke ..


tak pernah dapat bunga?
bila di baringkan di liang lahad. usai bacaan talkin
semua taburkan bunga

tak pernah pergi spa?
jangan risau, di saat nafas terhenti
kita di usap, di belai waktu di mandikan

risau esok nak pakai baju apa?
di saat mak ayah kita menangis
waktu dengar berita sedih mati itu,
baju putih itu sebenarnya sudah tersedia

tak pernah masuk hutan?
jangan risau.
ia tak se'thrill' selepas tujuh langkah mereka menjauh pusara kita

tak pernah single dan takut untuk single?
jangan mimpi untuk bersama
even janji sehidup semati

tapi, ini selepas kita di cabut nyawa. semasa di cabut nyawa?


hmm... jage dr sndr.jgn slhkan tempat kau duduki sbagai punca kau menjauh dengan tuhan wahai wani!!! ape nak jadi budak ni xtau la!! semayang la weh.... kesian la kat dri sendiri... xsedih ke bl dgr lagu mati? 5 kali je sehari.... aku tau ko pmalas. nk mkn pn ko mls, tp tuk future dan masuk syurga.. pls be gud. ---ape??? slh ke memotivasi dr sndr? skati ar. blog aku kan

si blogger

salam sejahtera. hati si blogger hari ini agak luka parah. dia tidak teringatkan ex-boifren nye ye, mahupun keluarganya yang jauh di mata, atau tas tangan yang mahu di milikinya. dia hanya berasa luka parah.


teringat kata seorang yang menjadi pujangga hidupnya sewaktu berumur 10 tahun menyuruh si blogger ini bersyukur kerana mempunyai family yang lengkap. tapi yang terjadi selepas itu, pujangga hidup itu pun larikan diri.

biar pun si pujangga itu membawa si blogger ini sekali, tapi luka-luka itu mendatangkan memori. memori yang sangat-sangat memberi kesan kepada si blogger hingga ke sekarang. biar semua kata benda itu terlampau lama sudah berlalu, tapi adakah ia memberi kesan kepada orang lain? TIDAK! adakah dia memberi kesan kepada negara? TIDAK! adakah yang lain merasa apa yang si blogger rasa? TIDAK! adakah pernah terfikir bagaiman si blogger yang kecil waktu dulu di hayun ke sane sini? TIDAK! TIDAK! TIDAK! dan adakah mereka yang tau tentang cerita ini tau seratus peratus apa yang terjadi? TIDAK! dan adakah cerita yang mereka tau itu sama dengan apa yang si blogger alami? TIDAK!

dan hari ini, si blogger sangat berasa susah hati kerana mimpi yang lama itu datang kembali.

perasaan :.

setiap cubit perasaan itu indah
biarpun hanya sakit hati
tak mungkin aku tak peduli
sisa hampa itu pun indah
Allah maha hebat
kurniakan aku suatu magic
digelar perasaan

perasaan itu
adakala membuat kita terdetik
pasti ada yang tak elok berlaku


perasaan itu
menjadikan semuanya bertambah indah bila kejadian sekitarnya enak

hati atau perasaan?
hati adalah organ semata
perasaan sebenarnya bukan lahir dari hati
perasaan itu terhidup dalam diri
ia bukan di mana-mana organ
dan ia bukan organ

jadi perasaan itu?
entah... yang penting bukan organ
biar aku rasa jiwa aku parah
aku tiba teredar,
sebab ada nya perasaan ini aku mampu rasa jiwa patah
terima kasih Tuhan
kerana aku punya perasaan

dan aku tak akan layan orang seperti tiada perasaan
tapi dengan sepenuh perasaan
sebab magic yang aku terima ini pun mereka ada
sakit, hampa, gembira segala
tapi tolong jangan main perasaan
sebab ia bukan sesuatu yang mampu buat aku tertawa untuk menikmati kehidupan



......................................dull n feelin yelowishh

inferno itu datang lagi

penghargaan itu emangnya suatu yang berharga pada setiap mereka yang melakukan sesuatu atau mengorbankan sesuatu demi seseorang. dan bagi aku penghargaan itu memang sesuatu yang cukup indah untuk menggambarkan perasaan takjub walau dengan kata terima kasih cuma.


setiap orang lain budi pekerti mahupun sikapnya. aku tak sama dengan kau. aku tak sama dengan awak juga. anda juga tak sama seperti aku. semakin dekat mana-mana mahluk tuhan itu dengan aku, semakin sukar untuk aku terbitkan terima kasih itu. aku bukan tak mencuba, tapi kerongkong aku rasa kelat dan pahit, lantas aku berdiam saja. aku sangat berterima kasih pada yang baik sama aku, yang beri suma-suma yang ada untuk aku, yang beri ganjaran pada sesuatu yang memang wajib aku laksanakan tapi dengan separuh hati. sejuta kali mahu aku ucap terima kasih malah mahu peluk bagai suma ada.

janganlah bawak diri untuk merajuk dengan aku, aku memang bersyukur tapi terima kasih itu yang tak mahu lekatkan diri pada bibir aku. paling cepat aku ucap pun 'thanks' tapi aku tak akan pandang muka orang itu. penyakit apa ni? segan? tak sedar di untung? riak? takbur? emosi?

ya, mungkin kerana selama ini aku hidup silam aku yang bersuluhkan ketakutan dan bertingkapkan jendela hitam.di dalam dunia gelap. apa yang aku lakukan ada saja salahnya, apa yang aku lakukan ada saja yang tak berpuas hati. ucapan terima kasih itu memang tidak pernah singgah di cuping telinga. mungkin itu yang jadikan aku keras dan bebal begini. tapi aku ucap alhamdulillah. kerana sumanya datang dari dia dan mahluk-mahlukNYA adalah perantaraan.

seorang kawan yang kenal aku baru beberapa bulan waktu di sekolah dulu semasa aku di tingkatan lima seperti tau apa terjadi di sebalik otak riang aku.

'aku tau kau macam ni sebab dunia lama kau. dan baru sekarang baru kau dapat nikmati hidup'

entah pengimbas jenis apa yang di ada di mata mahupun otaknya. tapi katanya memang semuanya betul. dan setelah setahun (ataupun lebih) rupanya dia dan aku berkongsi dunia gelap yang sama (lebih kurang sama). dan kami duduk di tangga kolej dan menangis (kami juga masuk di kolej yang sama).

inferno hati ini akan terus-menerus tanpa henti. memang aku selalu berharap aku di langgar kereta atau terhentak mana-mana biar aku lupa siapa diri aku. aku selalu berjalan lambat-lambat di bahu jalan. aku tau memang haram untuk mencipta kematian sendiri. tapi...entahlah. aku hanya mahu beri satu lagi peluang untuk kembali ke dunia hitam itu dan aku akan pertahankan diri aku sehabis daya. aku akan lawan dengan si raksaksa itu sekuat mungkin. aku sanggup jadi pembunuh di kala itu untuk pertahankan ape yang aku tewas sekarang ni.

aku benci semuanya..



cross ur heart!!

aku memang arif pasal cintan2

bagi je situasi
aku kasi penangan advice yang cantik
aku ikut logik dan ikut psychology

tapi aku terlupa untuk bekalkan itu semua untuk diri aku

dan kali ini entah kali ke berapa ratus juta kali
orang teringat kat awak encik pet

encik pet,
awak ingat tak before orang datang sini
kite tengok cerita disney UP
start dari hari tu, ape kite nak janji
confirm kite mesti cakap
'Cross ur heart! cross it! cross it!'
orang akan cakap sampai awak betul2 pangkah hati awak
and awak akan cakap sampai orang betul2 pangkah hati orang

dalam message-message sebelum2 ni pun awak ade sebut.
tapi sekali je dalam mase berbulan-bulan orang kat sini

macam mane la awak sekarang?
tipulah kalau orang tak nak amik tau
orang mengintai dari jauh
orang memang tak sangka kite ade relationship
sampailah awak betul2 hilang

hati ni macam mane?
awak terfikir tak?
sesak nafas ni
bengkak mate ni
sayu jiwa ni
ketar jari ni

even awak datang mintak maaf sekali pun
even awak bagi tau yang kite akan tetap ok
hati ini dah TERluke
bukan suka-suka nak luke

encik pet,
jagalah diri baik2



aku tak kate aku kuat. bak kate 'aku lucky laki - aku juga bisa nangis bila kekasih hatiku, pergi meniggal kan aku~~

tapi aku bukan cashier

seorang cashier penuh dengan senyum
menyambut setiap pembeli dengan sebaik mungkin
biar hati cashier-cashier itu berserabut
tetap senyum yang di hulur

menjawab segala persoalan si pembeli
mendengar jenaka dengan mereka

masa yang singkat itu mereka gunakan untuk gembirakan si pembeli
dan selepas itu...

terkuburlah perbualan yang tak pernah menjadi perkenalan.
biar sebaik mana si cashier melayan
tetap dia di situ tanpa apa-apa balasan



aku tengok, hidup ni cam pembeli dengan cashier. si cashier itu aku. dan si pembeli tu kawan2. datang dan pergi. tak pernah melekat. aku ni memang tak reti nak mesra alam. akward di bumi tuhan

kan da kate

haa.. aku dah cakap
bende ni memang memalukan...!!
memang malu sendiri je.
bodo ni..
aisheh.
pelukah aku mengadap die semate
or besuare cam aritu sehingge memalukan kutu rambut aku ni?
dem dem dem

oh aku rase nak lempang jiwe aku

talian hayat

mahu aku nyatakan di sini
jangan samakan dia dengan aku
mahupun bezakan aku dengan dia

seperti mana aku tak pernah berdengki dengan masa depan kau
jangan kau mahu sebok dalam urusan dunia baru aku

jangan pernah terfikir untuk hubungi aku kerana rindukan dia
jangan berharap aku mahu terima segala gundah kau bila dia mula berubah

kau teruskan sisa hidup kau dengan dia
dan aku akan bergumbira di alam fana
bukannya susah
dan jangan sekali ingat kau boleh merubah hidup aku

aku bukan kawan baik kau
aku hanya pernah berkongsi suka duka hidup kau
dan kali ni aku bukannya badut untuk gembirakan kau

nampak tanah perkuburan cupid?
itulah arwah cinta kita
kita?
puki!

talian hayat kau sudah habis!


pergh! tak pernah aku mencarut puki. ni memang dah jadi pencarut terulung da ni. aku hanya bermonolog. bukan untuk mengeruhkan otak sesape.

dem

im trying so hard to be different
but in d end
im just d same!

esok dye rambut kelabu+pink.
beware!!



different konon! different tu memalukan
ergh!! bodo ni
tak pe.. chillax
erghhh!! memang memalukan. mane nak letak muke ni!
cool mn cool...
kite act cool. nescaye, sume bende blah dengan coolnye
erghhh! bodo gak! bodo gak.. cam ne ni! arghhhh.
tu la. bak kate SJ dalam blog boleh la delete2, real life mane boleh.
haaa... tanggung sndri!
eeee!! cam ne leh tersasar dr objektip asal! different konon.skrg dah memalukan!!
haa... terase cam attention seeker lak. toyollllll!!!

tiba-tiba aku teringat

aku terlupa
penah suatu hari
aku minta pada tuhan supaya satu hari nanti kau hilang dari aku
dan hari ni baru aku teringat tentang itu

tuhan memang kabulkan permintaan aku tu
tuhan memang mendengar pohon doa aku tu
dan tuhan beri apa yang aku idam itu

dan entah kenapa
apa yang aku pinta itu
tak sama dengan apa yang aku patut rasa

walau aku jahit luka aku ni dengan benang emas
biarpun aku tenyeh dengan ubat termahal
tapi aku sendiri tak dapat sangkal hati aku memang luka

ini yang aku minta (this)
ini yang aku dapat (that)
padan muke aku kan
memang padan muke!!!!

bangang!! nape blog ni tak leh nk copy paste!! ngok la!! penat aku beli laptop br sebab igat laptop lame tu ade problem ngan blog!! haram!! ngok!! membazir!!! cam nak maki!!! tolol!

air mata itu...?

diam dia di sudut itu.
memeluk lutut
membenam kepala
dia beristigfar
die berselawat
moga lelaki itu tidak menolak pintu bilik
biar mulut terkumat-kamit
telinga tetap dia pasang
untuk dengar derap kaki lelaki itu
dia menangis di dalam hati
dia gerun untuk lari
dia takut untuk mengadu
dan akhirnya dia sendiri tersandar di dinding itu
di sudut lain pula
dia terlihat adiknya
juga memeluk lutut
pantas sahaja air mata di raih
air mata itu bukan murah
tapi itu sahaja peneman dan ubat yang tinggal
air mata oh air mata
kau tak akan tinggalkan mereka kan?
temani mereka sehingga mereka jumpa semangat yang hilang itu
kunjungi mereka bila masa perasaan mereka di belasah teruk
sepertinya telaga zam-zam
kau juga tak akan kering wahai air mata
aku tau sebab aku pun punya air mata..

bulan

bulan itu tak pernah ke mana
di situ juga dia
pergilah ke mana pun
tetap di situ tempatnya
biar yang lain mengeji kau
purnama tetap diam di situ
seakan berbisik memuji
biar semua perlukan mentari
tetap bulan yang di cari ketika gundah
biar malam di sinari bintang
tetap bulan yang menawan bila masa untuk berasmara
dan adakalanya hanya memandang bulan
tenteram itu datang menyelinap
biarpun subuh bakal menjelma
tenteram itu sudah cukup bagus untuk tentang dunia realiti

....

awak,

do u remember our last fight
it was terrible.
and what we are fighting about?
pasal kerja
tak sangke kan
kite jumpa mase umo 20.
and lepas kite lalu 21 n 22
kite sangat try to be matang

tapi hari tu kite memang gadoh giler
kite gadoh sampai ke subuh.
orang bengang gila
orang campak pasu bunga
awak tekejut
awak ingat orang jatuh

awak sangat takut
sampai awak tak bagi orang pegi mane2
sebab takut orang balik rumah pecahkan barang rumah pulak
sebab orang dah pecahkan pasu tadi

tapi entah macam mane, mulut awak terpeleot
awak salah sebut sum words
terus orang gelak macam gile
awak pun same
and tetibe terus ok
then the air is clean
terus kite ke mamak tengok bola

awak ingat tak mase kite kat kuantan
kite lain college tapi blh jadi kawan

awak tu orang yang skema+family sopan2
awak tekejut mase terserempak ngan orang
pakai short khakis tu
sampai sekarang awak tak suke
tapi orang wat bodoh jugak
awak tak penah pakai short. bagusnye ke segan!

tiga tahun tu bukan sekejap
dari tak faham boleh jadi sangat jelas
dari sikit boleh jadi banyak
dari kurang boleh jadi bertambah
dari sorang-sorang boleh jadi berdua

kite memang sangat lain
awak sampai je kat borders
terus carik buku bola
orang pulak terus pegi carik buku photography

awak sanggup tunggu bus yang datang sejam sekali
orang sanggup naik taxi dari membazir minit
awak suka makan roti cap kunci
orang suka roti butterscotch
awak nak pagi langkawi, orang nak pegi bali
orang gila fb, awak gl psp
awak suke kuceng, orang suke anjing
awak yang suke manchester united
tapi orang yang terdampar kat manchester
dan d sebabkan orang terperosok kat cni lah
kite jadi lain

awak ingat tak last ym kite?
5 minit! 5 minit je then u off 2 hang wid sum frens
ive been patien wid love yang sarat
and all i get is 5 min of u

orang dah pening tak tau nak buat apa sekarang ni
angah cakap padan muke
anis cakap laki memang macam ni
ekin cakap lupe je si lidi tu.

n orang tak tau la macam mane nk brenti mnulis
awak buat cam ni mase orang tengah sorang2.
orang nak call sape nak ngadu
nanti bill mahal
orang nak ym ngadu siapa
waktu dah la beza
mate ni je yang tolong ekspresikan
blog ni je yang rajin temankan
jari ni je yang baik luahkan

orang rase sekarang mate orang da kurus sebab cecair banyak sangat keluar
orang bukan nangis
tapi cecair tu yang keluar sendiri
ade la tu boco sane sini

perasaan?

setiap cubit perasaan itu indah

biarpun hanya sakit hati

tak mungkin aku tak peduli

sisa hampa itu pun indah

Allah maha hebat

kurniakan aku suatu magic

digelar perasaan


perasaan itu

adakala membuat kita terdetik

pasti ada yang tak elok berlaku


perasaan itu

menjadikan semuanya bertambah indah bila kejadian sekitarnya enak


hati atau perasaan?

hati adalah organ semata

perasaan sebenarnya bukan lahir dari hati

perasaan itu terhidup dalam diri

ia bukan di mana-mana organ

dan ia bukan organ


jadi perasaan itu?

entah... yang penting bukan organ

biar aku rasa jiwa aku parah

aku tiba teredar,

sebab ada nya perasaan ini aku mampu rasa jiwa patah

terima kasih Tuhan

kerana aku punya perasaan

dan aku tak akan layan orang seperti tiada perasaan

tapi dengan sepenuh perasaan


sebab magic yang aku terima ini pun mereka ada

sakit, hampa, gembira segala

tapi tolong jangan main perasaan

sebab ia bukan sesuatu yang mampu buat aku tertawa untuk menikmati kehidupan



......................................dull